Thursday 26 April 2012

RASA ITU.......



Kebahagiaan datang dari rasa ketenangan...Ketenangan amat mudah dikecapi dengan sabar, tawakal dan iman. Sabar dan tawakal adalah sifat didikan diri ke atas perasaan diri. Iman adalah sesuatu yang pasti ingin dicari namun, hanya dikecapi dengan hidayah Allah. Seseorang boleh sabar dan bertawakal, dan berharap usaha menjadi, tetapi tanpa hidayah Allah, imannya tiada, maka dia hanya boleh sabar dan berharap ketenangan datang, namun dia tidak berjaya mendapat ketenangan itu. Begitulah bezanya menjadi seorang beriman dan tidak. ketenangan dan keharmonian antara fitrah diri dan alam menjadikan jurang yang patut disyukuri. Sekali mendapat hidayah, selamanya jihad menjaganya, kerana nilainya lebih berharga dari nyawa diri....

No comments:

Post a Comment